#1 HARGA YANG BETUL
Nak jual rumah, sebaiknya kita rajinkan diri untuk study sedikit berkenaan harga apa yang patut anda tetapkan untuk penjualan rumah anda. Terdapat dua faktor harga yang perlu diambil kira
Harga Pasaran Semasa. Untuk nilai yang disahkan anda boleh lantik Penilai tetapi akan ada kos, jadi alternative lain anda boleh dapatkan anggaran kasar daripada Banker atau Agent Hartanah Berdaftar
Harga Pesaing dalam pasaran. Rajinkan diri untuk sentiasa update dan compare & contrast Rumah anda dengan Jenis rumah yang sama di taman atau di taman sekeliling anda yang sudah lama dan juga yang sedang berada di dalam pasaran untuk dijual
#2 IMPRESI PERTAMA DAN PENAMPILAN RUMAH
First impression terhadap rumah sangat penting!. Bakal pembeli yang datang semasa sesi viewing rumah akan menilai rumah yang hendak dijual pada pandangan pertama dan ianya samada mereka jatuh cinta pada pandangan pertama atau dalam sesetengah kes, Pembeli tidak ingin untuk teruskan untuk masuk pun rumah pada sesi viewing jualan rumah anda
#3 PENAMBAH BAIKAN KEROSAKAN
Bak kata pepatah inggeris, Small Things That Make a BIG Difference. Sesetengah pembeli tidak mahu fikir lebih tentang apa yang bakal mereka perlu baiki kerosakan kerosakan bangunan yang melibatkan mereka perlu upah orang dan mengeluarkan kos lagi. Tetapi sekiranya anda sebagai penjual rumah mempunyai bajet yang ketat jadi anda mempunyai dua pilihan iaitu
Memberikan jaminan anda akan repair kerosakan tersebut setelah bakal pembeli confirm untuk beli rumah anda dan anda boleh gunakan deposit mereka untuk menampung kos pembaikan itu atau anda perlu lah bersedia untuk lebih fleksibel dalam rundingan harga dengan pembeli memandangkan bakal pembeli perlu mengeluarkan kos extra selepas membeli rumah anda
#4 KEBERSIHAN RUMAH
Kebersihan rumah sangat penting kerana ini ada kaitan dengan point #1 iaitu ia secara tidak langsung bakal mempengaruhi mood dan keputusan bakal pembeli. Penggunaan pewangi yang betul, keadaan pengaliran udara yang bagus di dalam rumah (Kipas @ Penghawa Dingin) juga penting.
Hal ni juga perlu diambil kira sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan pastikan ianya tidak kelihatan dan tidak menggangu semasa sesi viewing rumah kerana bukan semua bakal pembeli minat dan gemar akan haiwan peliharaan seperti mana anda.
#4 SUSUN ATUR BARANGAN
Susun atur perabot dan juga barangan di dalam rumah penting untuk memberikan gambaran yang jelas tentang size sebenar setiap ruangan di dalam rumah.
Ia juga dapat memberikan ruang kepada bakal pembeli untuk menggambarkan dan berimaginasi tentang bagaimana dan di mana mereka boleh susun atur bakal perabot yang boleh diletakkan sekiranya mereka beli rumah anda dan ini tentunya tidak dapat dilakukan sekiranya susun atur dan sekiranya setiap ruangan rumah anda dipenuhi dengan perabot dan barangan yang menimbun, kan?
#5 MARKETING YANG POWER
Gambar yang CANTIK dan BANYAK. Ini sangat penting kerana di dalam pengiklanan, ini merupakan faktor utama untuk dapatkan First Impressions yang bagus terhadap bakal pembeli dan juga dapat memberikan gambaran yang jelas tentang rumah anda
Informasi yang lengkap tentang hartanah dan juga kawasan kejiranan rumah tersebut. Status hartanah, keluasan, komposisi kejiranan, rumah menghadap apa, titik signifikan di sekitar rumah tersebut
Online dan Offline marketing yang bagus dan eketif juga menjadi penentu samada rumah anda bakal dijual secara sukses atau tidak dalam masa terdekat
ATAU
LANTIK AGEN HARTANAH & KHIDMAT AGENSI HARTANAH
Anda boleh lantik agen hartanah berdaftar untuk uruskan penjualan hartanah anda kerana mereka sememagnya sudah dilatih untuk menguruskan A-Z berkenaan penjualan hartanah anda dan boleh memberikan khidmat nasihat yang lebih terperinci untuk semua point yang telah di nyatakan di atas
Agen juga mempunyai senarai pembeli tersedia dan juga pembeli dalam database di mana agensi yang mereka berdaftar, kalau kena gaya dan keperluan dengan pembeli tersedia, rumah anda terus dapat pembeli
Marketing juga merupakan rutin harian bagi agen hartanah kerana lazimnya mereka telah dilatih di agensi dan juga hadir ke kursus untuk belajar cara marketing yang berkesan
Disamping itu juga agen hartanah di Malaysia mempunyai rangkaian network yang luas, bermakna sekiranya anda melantik satu agen, rumah anda dapat mengakses kepada berpuluh agensi lain yang mempunyai jaringan kepada ratusan malah ribuan agen yang berdaftar