Sebelum JUAL atau BELI rumah, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah SEMAK HARGA PASARAN.
Bukannya Harga yang pembeli mahu runding atau Penjual mahukan. Kenapa?
Kenapa perlu semak harga pasaran?
Sebab PERTAMA (1). Untuk pemilik rumah, anda akan RUGI BESAR sekiranya tidak mengetahui harga semasa dan menjual dengan harga TERLALU JAUH dibawah harga semasa (melainkan ada sebab2 tertentu)
Sebab KEDUA (2). Sebagai PEMBELI rumah pula, anda akan RUGI BESAR jika beli diatas harga pasaran semasa. Ini disebabkan bank memberi pembiayaan mengikut harga pasaran semasa bukan mengikut harga suka hati berapa pembeli/penjual mahukan.
Sebagai CONTOH :-
Aiza membeli rumah teres di Petaling Jaya dengan harga RM700k dari pemilik. Ali terus membayar deposit dan memohon pembiayaan bank. Tetapi nilaian bank hanya beri sehingga RM600k sahaja
* Bank memberi margin 90% kepada Aiza dari harga RM600k.
(RM600k x 90% = RM540k)
* Ini bermaksud Aiza perlu TOPUP RM100k iaitu beza harga nilaian sebenar rumah teres terbabit
Tambahan RM60k kerana margin hanya 90% daripada RM600k harga sebenar. Konklusinya, Jumlah ‘Cash In Hand’ yang perlu disediakan adalah RM160k!! WOW!. (Tidak Termasuk Yuran Guaman dsb)
Sebab yang KETIGA (3). Saluran untuk semak harga pasaran rumah ada banyak. Tapi yang paling best adalah melalui ejen hartanah! Kenapa? Sebab ejen hartanah akan bantu anda tanpa anda perlu rujuk banyak pihak
Kebiasaannya ejen hartanah ada rangkaian (networking) dengan banyak pihak yang terlibat dalamproses penjualan dan pembelian hartanah seperti peguam hartanah, banker, jurunilai dan prospek pembeli.
Berikan maklumat lengkap berkaitan dengan rumah :-
* Alamat rumah
* Jenis rumah (semi-d, banglo, teres, 2 tingkat, 1 tingkat dsb)
* Keluasan rumah (luas tanah dan bangunan)
* Details renovation (extent dsb)
* Maklumat owner (nama, no HP, emel dsb)