6 Kos Selain Deposit Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Hartanah Subsales

6 Kos Selain Deposit Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Hartanah Subsales

Lazimnya kita selalu hanya sedar dan sedia maklum berkenaan bayaran 10% deposit yang diperlukan dari harga rumah yang hendak dibeli
Tapi tahukah anda terdapat kos kos lain yang perlu ditanggung oleh pembeli rumah?

Anggaran kasar jumlah kos lain ini kiraan mudahnya adalah sekitar 5% daripada harga rumah yang nak dibeli

1. Yuran Guaman Peguam Perjanjian Jual Beli (SPA)
2. Duti Setem atas Perjanjian Jualan (SPA)
3. Yuran Guaman Peguam Perjanjian Loan (Bank)
4. Duti Setem atas Perjanjian Pembiayaan
5. Insurans atas Pinjaman Perumahan (MRTT)
6. Yuran Penilaian Hartanah (Valuation)

Wow banyaknya! Dah la nak kena sedia 10% deposit, nak kena fikir untuk 6 kos lain nak beli rumah subsales ni lagi?! Bocor poket aku!

Bertenang tuan puan. Bertenang, Baca dulu sampai habis

Kebiasaannya bila mana kita mohon loan perumahan, item nombor 3 hingga 6 tu boleh dimasukkan (Capitalised) dalam loan sekali

Bermaksud loan akan approved 90+5% dan amaun 5% tu tadi akan di masukkan kos2 tadi tu sekiranya cukup

Apa maksudnya? Habis kalau tak cukup kena bayar lagi juga la?
YA, tapi lazimnya bukan amaun penuh sebab kadang2 Premium Insurans tinggi yang dah amik kuota 5% tu tadi yg menyebabkan 5% jadi tak cukup nak cover jumlah penuh untuk item 3,4 & 6

Tapi ianya juga tertakluk kepada kelulusan pihak bank dan juga produk bank yg diluluskan bank tersebut

Lazimnya untuk skim rumah pertama contohnya ..
ada bank, pembiayaan 100%, tetapi Yuran Guaman Pembiayaan & Yuran Penilaian tidak termasuk dalam pembiayaan

[𝙔𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙂𝙪𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙅𝙪𝙖𝙡 𝘽𝙚𝙡𝙞 ]

Talk to my lawyer! Haa itu la dia. Lawyer SPA ni yang bertenggungjawab untuk mewakili anak guam nya atas urusan proses jual beli daripada draf perjanjian, apply kebenaran menjual (consent) sehingga urusan penyerahan kunci. Segala urusan dokumentasi, wang dan sebagainya harus melalui peguam ini selepas dapat lantikan drpd pembeli. Berapa anggaran yuran peguam disini? Hanya 1% dari harga SPA + Disbursements & Miscellaneous

[𝘿𝙪𝙩𝙞 𝙎𝙚𝙩𝙚𝙢 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙋𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙅𝙪𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙎𝙋𝘼 ]

Kos nak beli rumah subsales seterusnya ini adalah bayaran wajib kepada LHDN untuk setiap instrumen jual beli hartanah yang mana ini adalah salah satu bentuk cukai ad valorem yang mana ianya mengikut kepada harga instrumen jualan/SPA

Berapa anggaran kos disini? Untuk rujukan setiap harga hartanah seperti berikut

RM250k : Setem Duti RM4000
RM500k : Setem Duti RM9000
RM1Mil : Setem Duti RM24,000

Haa so rumah korang berapa? Oh ya, dan Duti Setem inilah yang kerajaan kita sedang beri pengecualian untuk pembeli rumah pertama tapi hanya untuk hartanah bawah 500K. Kalau lebih? Gomen dah kira kita Kayangan, Bayar macam biasa! 😜

[𝙔𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙂𝙪𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙜𝙪𝙖𝙢 𝙋𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙞𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 (𝙇𝙤𝙖𝙣 𝘼𝙜𝙧𝙚𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩)]

Bank pun guna khidmat peguam tau!. Yes, Peguam untuk perjanjian pembiayaan ini lazimnya adalah peguam yang Panel kepada bank yang meluliskan pembiayaan rumah pembeli tersebut

Tanggungjawab nya lebih kepada apa sahaja yang berkaitan dan memerlukan urusan dengan Bank Pembeli seperti draf perjanjian pembiayaan, penebusan baki hutang tuan rumah (sekiranya rumah yg dibeli masih ada hutang), Pembayaran semasa 1st disbursement dan Final Disbursement dan disebabkan inilah ianya termasuk sebagai kos nak beli rumah subsales.

Kalau tak salah saya juga, Peguam ni juga perlu menjaga hak bank seperti perjanjian selagi mana pembeli belum habis hutang dengan pihak bank tersebut

[𝘿𝙪𝙩𝙞 𝙎𝙚𝙩𝙚𝙢 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙋𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙞𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 ]

Sikit sikit cukai sikit sikit cukai!. Ya tuan puan Untuk kos nak beli rumah subsales seterusnya ni, itu lah ada nya orang cakap.. Dalam dunia ni tak boleh lari dengan dua perkara, Mati dan Cukai!

Tapi sedikit berbeza dengan duti setem SPA tadi, Jumlah Duti setem atas instrumen perjanjian pembiayaan ni ikut kepada BERAPA JUMLAH PEMBIAYAAN dan lazimnya amaun nya lebih murah berbanding duti SPA

Untuk rujukan anda, jumlah pembiayaan (loan) :
RM250K loan : RM1,250
RM450K loan : RM2,250
RM900K loan : RM4,500

Sama seperti Duti Setem SPA juga untuk harga instrumen / SPA, duti setem loan juga dapat pengecualian untuk rumah pertama bawah harga rumah RM500K

[𝙄𝙣𝙨𝙪𝙧𝙖𝙣𝙨 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙋𝙞𝙣𝙟𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙪𝙢𝙖𝙝𝙖𝙣 (𝙈𝙍𝙏𝙏/𝙈𝙇𝙏𝙏)]

Ya, Rumah pun ada insurans sama seperti kereta tapi bezanya adalah coverage nya atas apa dan ianya termasuk kos nak beli rumah subsales

Seperti tadi saya maklumkan lazimnya kalau pembeli malas untuk fikir nak bayar premium insurans lain dan nak ambil coverage dengan masukkan sekali premium dalam pembiayaan pinjaman, Bank akan tawarkan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful)

Jumlahnya pula lump sum dan akan dibiayai sekali masuk dalam loan. Tapi ada juga satu lagi produk iaitu MLTT (Mortgage Level Term Takaful) so apa bezanya? saya berikan link di bawah untuk pencerahan

Perbezaan antara insurans MRTT & MLTT

So, Nak Carum MLTT macam mana? Anda kena cari kenalan Agen Takaful yang boleh uruskan untuk anda

[𝙔𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝 / 𝙑𝙖𝙡𝙪𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 ]

Saya beli rumah kenapa pula saya kena bayar penilaiam rumah ni? jawapnnya tuan puan adalah sebab

Bank yang memberikan pinjaman rumah pembeli perlu memastikan rumah yang telah pihaknya beri pembiayaan adalah seperti yang dimaksudkan dari segi condition, lokasi dan juga alamat & lokasi hartanah itu sendiri adakah berbaloi dan sekiranya pembeli default/tak bayar installment nanti adakah rumah ni berbaloi dengan harga yang telah diberikan pinjaman nanti so nak lelong nanti bank masih boleh cover tak kerugian mereka.
Alah kalau kita pun nak ke bagi kawan pinjam RM10K dan sebagai cagaran, kawan tu cuma cagar barang RM6K je? Kalau dia lesap mcm mana? Begitulah..

Dan disebabkan ini lah juga Mark Up loan itu tidak dibenarkan oleh bank secara dasarnya, tapi ini adalah topik untuk hari lain

Selain itu juga Valuation Fees juga termasuk kos nak beli rumah subsales. ia adalah untuk Pegawai Penilaian yg bertauliah dan dilantik oleh pihak bank untuk buat site visit dan akan inspect keseluruhan rumah dan kawasan sekitarnya untuk mereka buat CV (Certified Valuation)

So itulah dia untuk penulisan kali ni.. Maaf kalau ada yang tersilap mana2 info boleh comment untuk sama2 tambah baik

Leave a Reply

Your email address will not be published.