Tuan Rumah? Ya, Faham..
Membuat keputusan untuk menjual rumah bukannya sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan wang ringgit dan kadang memerlukan kekuatan emosi untuk melepaskan.
Tapi tahukan anda, Nak menjual rumah juga bukanlah selalunya proses yang selalunya indah. Sometimes, berbulan malah bertahun tak terjual. Kenapa?
Dibawah adalah antara sebab2 yang lazimnya menjadi penyebab utama kenapa rumah tidak terjual
[1. ๐๐๐ง๐๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐ฅ๐๐จ๐๐ง๐๐ฃ]Harga Jual vs Harga Pasaran Semasa. Sedia maklum pembiayaan rumah adalah berdasarkan Nilai Semasa Hartanah tersebut atau pun harga jualan. Contoh :
Nilai semasa hartanah max : 300K
Harga jualan : 320K
Pembiayaan 90% @ 300k : 270K
Deposit : 10% (30K) + 20K : RM50K. Jadi, Kalau anda pembeli, Sanggup proceed? Tentu nya tidak kan?. Untuk anda semak nilai hartanah boleh klik link ini SEMAK HARGA RUMAH
[2. ๐๐๐ง๐จ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐จ๐๐ฃ๐๐๐ฉ ๐ง๐ช๐ข๐๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐จ๐๐๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ข ๐ฅ๐๐จ๐๐ง๐๐ฃ]Selain itu, Sama seperti apa produk sekalipun yg berbalik kepada konsep asas ekonomi, Permintaan v Penawaran (Demand & Supply)
Bila mana banyak lambakan hartanah yang lebih kurang sama turut nak dijual di sesuatu kawasan & sekitarnya? Harga penawaran amat main peranan penting!
Rumah A : RM270K
Rumah B : RM280K
Rumah C : RM310K
Sebagai pembeli, mana satu yang paling ideal? Tentulah A & B untuk di consider. So apa jadi bila melawan hukum Demand v Supply? Kalau terllau banyak lambakan? harga jatuh. Harga jatuh dan sudah letak harga rendah tapi masih tiada pembeli? ini kita kupas di post shafiqmn yang lain nanti
[3. ๐๐ข๐ฅ๐ง๐๐จ๐ ๐๐๐ง๐ฉ๐๐ข๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ก]Psikologi berpendapat, ia hanya memerlukan 7 saat untuk mendapatkan impresi pertama yang baik atau sebaliknya
Tetapi kalau sesampainya sahaja pembeli, Sudah terhidu sesuatu yang tidak enak, Rumah dilitupi semak samun atau keluar kereta dalam porch rumah sudah terpijak najis kucing. Agaknya macam mana?
Jadi impresi pertama harus cuba untuk attend pembeli, buat yang terbaik dan sedap mata pembeli memandang
[4. ๐๐๐ข๐๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ก๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฉ๐๐๐ก๐]Sama seperti impresi pertama, macam mana pembeli hendak berminat untuk teruskan viewing sekiranya gambar yang dilihat pun tidak mengambarkan rumah sebenar dan tidak semenggah dan hanya gambar perabot dan mangkuk tandas?
Gambar harus cerah, nampak keadaan keseluruhan ruang rumah, tidak bersepah dan kemas adalah paling ideal
[5. ๐๐๐๐๐ก ๐๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐ข๐๐๐ก๐]Setiap bakal pembeli rumah ada โExpectationsโ masing2 dan juga ada Keperluan mereka yang spesifik bergantung kepada profil pembeli itu
Adalah susah bagi satu rumah itu untuk dipadankan dengan pembelinya sekiranya penjual tidak tahu keperluan dan tidak faham pembeli itu sendiri selain daripada tapisan kelayakan pembeli yang tidak efektif
[6. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐๐๐๐๐๐ฃ ๐๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐๐ฃ๐๐ช๐๐ก ๐๐ช๐ข๐๐]Penjual gagal untuk terangkan kepada pembeli proses jual rumah yang betul, Kos yang terlibat untuk pembeli mahupun untuk mereka sendiri selaku penjual.
Hakikat ini seterusnya akan menyebab kan kekecewaan kepada kedua pihak dan akhirnya rumah juga gagal untuk terjual
[7. ๐๐ฉ๐ง๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ก๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐]Lazimnya, penjual rumah hanya bergantung kepada offline marketing (beritahu jiran, saudara dan kenalan) selain dari hanya masuk kan sekali di platform percuma seperti Mudah.My ataupun Facebook post
Ini semestinya tidak mencukupi dan tidak memadai kerana iklan percuma tidak mendapat liputan dan pendedahan kepada banyak pembeli yg berpotensi
Cara terbaik adalah memastikan segala platform pengiklanan dapat diakses oleh iklan rumah seperti iproperty, mudah, propguru, edgeprop yang mana ejen sudah ada selain itu, platform seperti facebook ads juga penting
[8. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ช๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ช๐ง ๐๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐ ๐ก๐๐ฃ]Tidak sanggup melabur dan juga tidak ada pendedahan terhadap cara pengiklanan juga antara sebab kenapa kebanyakan penjual tidak sanggup melabur untuk pengiklanan
Ini kerana mereka sendiri tidak tahu cara yang betul dan takut akhirnya hanya sia sia Melebur Wang Ringgit
[9. ๐๐๐ข๐๐๐ฉ, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐จ๐ฅ๐ค๐ฃ๐จ๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ ๐๐ค๐ ๐ช๐จ]Kebanyakan penjual rumah juga bekerja dan ada komitmen lain. Akibat daripada ini penjual tidak dapat fokus dan tiada masa dan menyebab kan lambat respon kepada pertanyaan rumah yang ingin dijual.
Hal ini akan mengakibatkan pembeli berpotensi lari ke rumah lain atau pesaing lain selain daripada itu mereka juga merasakan penjual tidak serius yang mana ini akm merugikan penjual itu sendiri.
[10. ๐๐๐ ๐๐๐๐ช ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก ๐๐ง๐ค๐จ๐๐จ ๐ ๐ช๐๐ก ๐ฝ๐๐ก๐]Selain daripada proses jual beli rumah yang rumit dan yang lazimnya mengikut kepada situasi kedua rumah itu sendiri mahupun profil pembeli
Kegalgalan penjual untuk memahami proses ini lah lazimnya akan menyebabkan โfrustrationโ dikemudian hari yang mana bila sudah melantik lawyer dan pembeli juga loan dah approved, tiba2 baru tahu berkenaan status rumah yang begitu begini dan etc
Hal ini akan menyebabkan perselisihan faham dan kekecewaan kepada kedua penjual dan pembeli dan akhirnya satu pihak kecewa dan satu lagi merasa dianiaya jadi enggan meneruskan pembelian
[11. ๐๐ฃ๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ฉ๐๐ ๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ฉ๐๐ฃ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ก?]Kerjaya Ejen Hartanah adalah bidang profesional dibawah pemantauan LPPEH dan ejen dibenarkan untuk mengambil fi 3% dari harga jualan yg berjaya. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan selain daripada merangkumi kesemua perkara 1 hingga 10 di atas ejen juga bertanggungjawab untuk menjaga hak kepentingan kedua dua penjual dan pembeli
Selain itu fi ejen juga tidak perlu dibayar oleh tuan rumah selagi rumah tidak terjual dan ejen juga akan menggunakan sepenuhnya rangkaian kerjaya (Network Ejen, Banker, Valuer dan Peguam) bagi memastikan detail urusan penjualan telus dan betul disamping segala kos pengiklanan juga tidak perlu dikeluarkan oleh penjual
Jadi, rasa masih mahal? Tentunya memadai sekiranya tuan & puan faham akan segala tanggungjawab, Amanah dan risiko yang bakal di galas oleh seorang ejen yg dilantik
Sekian,
Ketahuilah sesungguhnya proses penjualan rumah memerlukan komitmen masa, wang ringgit, tenaga dan strategi pengiklanan yang komprehensif
Semoga bermanfaat untuk anda, Maaf sekiranya ada kekurangan dari saya
Shafiqmn
www.shafiqmn.com